14 August 2008

LAPTOP GUA DI CURI...















Acer - Aspire 4315..ini le rupa paras laptop gue sebelum beliau menghilangkan diri@dilarikan oleh "nate bewok"(maaf le emosi skitt,maklumlah rugi hampir RM2,000.00..oh tidakkkkkkk....)















Acer - Aspire 4315...tak sampai pun setahun jagung & setahun kacang bersama,demo telah dicuri orang ( orang ke binatang??binatang ke kambing??eeeee...geram!!garam,gula ,tepung gandum....)&&&***###@@@:::""">><<<...&&^^

13.8.2008 Rabu,malam... laptop gua yang diletak dalam bonet kete orang rumah gua "tiba-tiba"didapati lesap/hilang/ghaib/!!!###888**??<<<>>>>>...+++```&&&..

Pengajaran/kesimpulan/moral of the story kepada gue=bawaklah laptop anda kemana saja anda pergi,...kita ingat dah cukup selamat tp pencurik **##@(mencarut...) tu lagi tererr..

gue akui memang silap gue,nak nyesal lebih2 pun dah tak guna,..bersaboor je la....(pujuk hati sendiri)
kepada sesapa yg terlihat kelibat laptop ini bolehlah hubungi ketua kampung masing2...
hubungi gue lee....
wassalam



04 August 2008

SENTUL ~ Sandoricum Koetjape

Sentul????,kenal buah Sentul? pokok Sentul? rasanya( bukan semua) org yg tinggal kat Sentul pun belum tentu kenal dgn buah Sentul,apatah lagi yg tinggal kat Uganda,tp Mat Sentul mesti kenal ini buah...




















gini le rupa bentuk pokok Sentul,sama cam pokok-pokok lain di dunia cuma buahnya saja cam buah Sentul...




















nak mengait buah Sentul TIDAK memerlukan kepakaran yg tinggi dan pakaian yg mahal,memadailah menggunakan sebatang buluh dan berkain pelikat saja adanyaaaa...




















Aktiviti mengait buah (bukan mengait baju)sesuai dijalankan pada waktu senja,maklumlah masa pagi nak basuh pinggan,nak mop lantai dan nak tidoooo...




















Buah Sentul yang berjaya dikait,yg belum dikait masih berada di atas pokok...




















campak buah sentul sesedap rasa,cam main "lawn bowl" plak...















Sekawan buah Sentul,sedia utk dimakan... buat jeruk besttt nihhh...

gitu le kisahnya buah Sentul...tah hape-hape cite tah!!!


Sekian,

28 July 2008

BALIK KAMPUNG...

















Lembu di atas tiada kaitan dengan cerita ni....mungkin beliau gembira nak menyambut Raya tak lama lagi....

GUA BALIK KAMPUNG SEMINGGU....nak melawat kambing biri-biri gue kat atas tuuu!!!!!!!!


CUTI


C U T I

C U T I...

20 July 2008

LAMAN 2008 DIBUKA...

Festival Landskap & Taman Antarabangsa telah dibuka pada orang ramai serentak dengan perasmiannya oleh PM pada 19.7.08 (sabtu)...datang le,macam2 gerai ada,
gua pun dah gi....letih jugak le meronda ke gerai2 pameran,tu pun tak abih lagi,banyak lg nak ditengok...sok lusa gi lagi kot....















Pak Din (bersongkok kuning) , ahli keluarga , ketua kampung serta
pasukan
kompang Belia Kg.Pinang pun datang!!!anda bila lagi????...















Kelihatan Mak Cik Kiah ( baju biru )sedang serius tawar-menawar
harga....

















mana2 pameran yg gua gi,gua mesti cari gerai buku,maklumlah
gua ni minat main badminton...yang ni gerai Karangkraf,menjual
buku2 berkaitan Landskap,seni mempertahankan diri,
seni makan,
seni tidur dan mcm2 seni lagi lah.....















gua sedang mencari sebuah buku yang lengkap berkenaan kaedah
menternak labi-labi, mengayam tikar, dan
buku panduan menggoreng telur....

tak akan bersambung.....

16 July 2008

LAMAN 2008


















ni masa LAMAN 2006 dulu


Salam,

LAMAN??? gapo tu?
Laman adalah satu festival/pameran berkaitan dengan landskap,...semua yang berkaitan dengan landskap...atau kata orang Festival Landskap dan Taman Antarabangsa Malaysia....diadakan setiap dua tahun sekali bertempat di Taman Tasik Perdana,KL...untuk tahun ni(2008),berlangsung dari 19/7/08 sehingga 27/7/08 bermula 9.30am-9.30pm.......

datang le beramai-ramai, tengok macam2 pameran adaaaaa, moh leee....