02 March 2013

Kelantan Seri Lagi

Perak 2013
Kelantan & Perak Berkongsi Mata

Kelantan dan Perak berkongsi 1 mata apa bila mencatat keputusan seri 1-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Kota Bharu sebentar tadi. Perak memulakan jaringan seawal minit ke 2 oleh Abd Hadi Yahya hasil kesilapan pertahanan Kelantan. Kelantan menyamakan kedudukan di minit-minit akhir perlawanan melalui jaringan penyerang import Keita Mandjou, pada minit ke 89.
THE RED WARRIOR'S 
***
Kieta Penyelamat Kelantan
KOTA BHARU, 2 Mac 2013- Keita Mandjou menyelamatkan Kelantan daripada tewas kepada Perak di gelanggang sendiri apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit akhir perlawanan Liga Super yang berlangsung di Kota Bharu malam tadi.
Perak mengejutkan tuan rumah dengan jaringan gol pada minit ke 2 oleh Abd Hadi Yahya apabila pertahanan Kelantan gagal mengeluarkan bola dengan kemas daripada kawasan bahaya. Kelantan yang meletakkan gandingan Keita dan Farhan di bahagaian hadapan lebih kerap menyerang tetapi gagal dalam percubaan-percubaan menjaringkan gol.
Beberapa pertukaran yang dibuat oleh Bojan Hodak di separuh masa ke 2 mengubah sedikit rentak permainan Kelantan. Faiz Subri yang dibawa masuk menggantikan Khairul Izuan, berjaya mengucar kacirkan pertahanan Perak. Kemasukan Zairo dilihat memperkemaskan bahagian tengah Kelantan, membuatkan pasukan lawan bermain secara bertahan dan cuba melambat-lambatkan permainan.
Gol penyamaan Kelantan terhasil pada minit ke 89 apabila berjaya menampan bola hasil daripada keadaan kucar kacir di depan pintu gol lawan. Gol tersebut merupakan gol ke 4 beliau dalam Liga Malaysia dan berjaya mengekalkan rekod Kelantan beraksi 32 kali tanpa kalah di Kota Bharu sejak musim lalu.
***
Seri lagi!....kita terus melepaskan peluang utk merapatkan JURANG dgn pendahulu liga...HAIRAN DGN LINE UP YG DI PILH..HAIRAN DGN PENGADIL YG TIUP WISEL SEBELUM MASA TAMBAHAN CUKUP 5 MINIT..Hairan kenapa dah tau perak punya defence yg bagus tapi kita asyik main long ball...hairan mengapa begitu byk peluang SHOT AT GOAL tapi di sia siakan..kesilapan pertahanan yg tak sepatutnya berlaku telah menyebabkan kita hampir di aibkan di laman sendiri... 
TRW kini ditangga ke 6 liga dan berbaki 2 perlawanan lagi sebelum pusingan kedua bermula...MISI menduduki 4 teratas tetap mencabar..seri dgn Pahang dan Perak bererti melepaskan 4 mata berharga...Namun TRW dilihat semakin mantap dan semoga PEAK pada masa yg tepat..SEMOGA KITA TERUS FOCUS....
***
Pahang Kempunan Pintas ATM 
SEREMBAN - Kedudukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di tangga teratas Liga Super goyah apabila hanya sekadar mencatatkan keputusan seri 0-0 menentang Pahang di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi.
Terikat dengan keputusan tanpa jaringan itu turut menangguhkan hasrat Pahang untuk kembali merampas tampuk liga.
Permainan kedua-dua pasukan seimbang pada babak pertama perlawanan, namun masing-masing gagal mencipta sebarang jaringan daripada percubaan serta peluang.
ATM selaku tuan rumah cuba mendahului pasukan pelawat melalui percubaan lemah Chritiejayaseelan pada minit ke-16 dan rembatan liar pemain importnya, Marlon Alex James pada minit ke-40
Pahang turut memiliki peluang keemasan menerusi dua percubaan Amirulhadi yang tersasar dan melencong jauh dari gawang tuan rumah pada minit ke-23 dan 39.
Separuh masa kedua perlawanan pula menyaksikan ATM cuba bangkit dengan melakukan asakan bertali arus ke kubu lawan.
ATM hampir memperoleh gol awal, namun tandukan pemain pertahanan Amiridwan Taj terkena palang menerusi sepakan sudut yang diambil oleh Rezal Zambry Yahya pada minit ke-63.
Tuan rumah nyaris menerima padah apabila Fauzi Roslan berjaya mengelecek penjaga gol ATM Md. Farizal Harun, di luar kotak penalti, namun sepakannya diselamatkan Irwan Fadzly Idrus pada minit ke-83.
Keghairahan pasukan pelawat untuk mencari gol hampir menjerat diri dengan membiarkan gawang mereka terus diasak tuan rumah.
Namun begitu, Marlon Alex James dan Shukor Adan yang memperoleh peluang turut gagal memanfaatkannya untuk mencipta jaringan.
Keputusan terikat tanpa jaringan sehingga wisel penamat ditiup pada minit ke-93.
Sementara itu, di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan sekadar melakar keputusan seri 1-1 menentang Perak.
Bagaimanapun, tuan rumah dikejutkan dengan jaringan awal pasukan pelawat apabila bekas penyerang kebangsaan, Abdul Hadi Yahya meledakkan gol buat Perak seawal minit ke-2.
Kelantan yang berusaha untuk bangkit gagal memburu gol penyamaan apabila perlawanan berkesudahan 1-0 pada babak pertama permainan.
Sebaik aksi dimulakan selepas rehat, skuad bimbingan Bojan Hodak yang enggan berputih mata di depan penyokong sendiri melipat gandakan asakan bagi mencari gol penyamaan.
Penantian Kelantan akhirnya kunjung tiba setelah penyerang import, Keita Mandjou menyumbat gol penyamaan ketika perlawanan berbaki dua minit hampir tamat.

01 March 2013

MSL: # 9 Kelantan Vs Perak

TRW Tempang

Oleh YATIMIN ABDULLAH utusankelantan@utusan.com.my
KOTA BHARU - Misi Kelantan untuk mengutip tiga mata penuh tempang selepas kehilangan dua tonggak utama, Nik Shahrul Azim Ab. Halim dan Mohd. Shakir Shaari pada aksi Liga Super menentang Perak malam ini.
Kedua-dua pemain itu belum pulih daripada kecederaan yang dialami ketika bertemu Pahang bulan lalu, dan ketiadaan mereka dikhuatiri akan menempangkan benteng pertahanan Red Warriors.
Bojan Hodak perlu mencari ramuan terbaik untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Nik Shahrul Azim dan Mohd. Shakir jika mahu memenuhi matlamat meraih mata penuh di Stadium Sultan Muhammad IV.
Pengendali Kelantan itu bagaimanapun percaya, kehilangan dua tonggak utama itu tidak akan menjejaskan tumpuan pasukan, malah melihat prestasi semasa, dia optimis kemenangan mampu diraih, sekali gus memperbaiki kedudukan mereka dalam carta liga.
"Biarpun kita pernah menewaskan Perak dengan jaringan yang besar musim lalu, namun kita tidak boleh jadikan itu sebagai ukuran. Harus diingat cabaran kini berbeza, Perak amat kuat musim ini dan mempunyai pertahanan kental.
"Hanya melepaskan lima gol dalam tujuh perlawanan membuktikan pertahanan mereka cukup mantap tetapi kita tidak akan memberi laluan mudah buat mereka," katanya.
Hodak juga menambah, pembatalan perlawanan Piala FA menentang PKNS yang sepatutnya berlangsung Selasa lalu memberi rehat lebih panjang kepada pemainnya.
"Tetapi kita kena ingat, Perak juga berehat panjang selepas perlawanan menentang LionsXII yang dijadualkan pada Sabtu lalu telah ditunda ke April.
"Begitu juga dengan Piala FA, mereka juga tidak beraksi selepas tewas awal dalam perlawanan pusingan pertama dan keadaan ini memberikan ruang kepada mereka untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada," katanya lagi. 
***
Kelantan Waspada Strategi Perak
Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menyifatkan penundaan aksi Piala FA pusingan ke-2 bertemu PKNS FC memberi satu kelebihan buat skuadnya menjelang pertemuan dengan Perak pada Jumaat.
Bagaimapaun menurut Hodak, keadaan itu sedikit sebanyak telah menjejaskan momentum pasukannya yang kini sudah menemui rentak terutamanya di jentera serangan.
Hodak berkata, meskipun anak buahnya memiliki rehat yang cukup selepas penundaan perlawanan Selasa lalu namun harus di ingat Perak juga mendapat tempoh rehat yang sama apabila tidak beraksi pada pusingan ke-2 selepas kecundang kepada Johor Darul Takzim di pusingan pertama.
"Kedua pasukan tidak bermain dalam Piala FA, jadi ada kelebihan dan kekurangannya,"katanya.
Keadaan cuaca tidak menentu di Kota Bharu apabila hujan tanpa henti sejak Ahad lalu turut mengundang kerisauan Hodak kerana situasi itu akan mengakibatkan keadaan padang tidak memuaskan hingga mampu menjejaskan kualiti pemainan kedua dua pasukan.
"Ia permainan sukar yang bermain kerana masalah padang. Kita tidak bermain secara betul," tambahya.
7 Julai tahun lalu Kelantan membelasah Perak 6 -0 untuk kemenangan ke-6 daripada 8 pertemuan. Sementara kemenangan sulung Perak tercipta pada 2011 dengan keputusan 4 - 0 di Ipoh.
***
Penyokong Kekuatan Utama Kami-Hodak
 Kemaskini pada February 28, 2013
Jurulatih pasukan Red Warriors, Bojan Hodak, mendedahkan bahawa sokongan padu para penyokong dapat mempengaruhi perlawanan dengan Perak pada Jumaat malam.
Kelantan seri 2-2 dengan Pahang dalam perlawanan sengit minggu lepas dan akan bertemu Perak, pasukan yang mempunyai benteng pertahanan yang paling kukuh (dengan LionsXII) selepas dibolos hanya lima kali dalam tujuh perlawanan.
“Perlawanan kami dengan PKNS pada hari Selasa terpaksa ditunda tetapi ia memberi pasukan kami lebih masih untuk rehat.” kata Bojan Hodak kepada FOX SPORTS.
“Nik Shahrul mempunyai masalah dengan buku lalinya dan mungkin tidak dapat berlatih selama seminggu sementara Shakir Shaari masih 50-50.
“Jelas yang perlawanan dengan Pahang agak berlainan dengan perlawanan dengan Perak nanti. Perak mempunyai benteng pertahanan yang kukuh dan sukar untuk bolos gawang mereka. Walaubagaimanapun mereka juga mempunyai masalah di hadapan gol.
Penyerang Guinea Kelantan, Keita Mandjou, kelihatan telah menyelesaikan masalah pasukan di hadapan gol dan telah menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan.
Bojan Hodak memuji penyerang yang berusia 33 tahun itu dan berkata: “Ia penting yang dia tidak henti menjaringkan gol kerana ia meningkatkan tahap keyakinan sebagai penyerang.
“Dia pantas dan kini mempunyai sentuhan yang baik, saya harap dia akan teruskan prestasinya.
Dalam 38 perlawanan, Kelantan hanya tewas sekali pada tahun 2011 dalam perlawanan dengan T-Team.
“Ia jelas yang Kota Bharu adalah kubu kami. Semua pasukan sedar bagaimana para penyokong kami dapat mempengaruhi perlawanan.
“Mereka adalah pemain ke 12 kami dan mereka tidak pernah mengecewakan.”