20 September 2020

Air Terjun Sg. Dua (Lata Buntar)

 Assalamualaikum

Berjumpa lagi, ingatkan lagi 7 tahun baru dapat pos cerita di blog ini, tapi disebabkan ada sedikit kelapangan maka dapatlah dicoret skit sebanyak di sini.

Semalam, Sabtu 19/9/2020 teman bersama-sama keluarga dan biras bermandi-manda di Air Terjun Sungai Dua (dikenali juga dengan nama Lata Buntar), di Karak, Pahang. 1st time tau ada air terjun di kawasan ni, cantik plak tu, Terletak kira-kira 92 km dari KL dan perjalanan memakan masa 1 jam 40 minit dengan berkereta (kalau berkuda mungkin mengambil masa 30 minit-dari Karak).

Sangat sesuai kepada sesapa yang nak mencari sedikit ketenangan, menghirup udara segar, melepaskan penat bekerja dll bolehlah datang ke sini, bawa famili mandi-manda dan mendobi baju.(dobi baju di kedai dobi lah selepas balik nanti)

Sekian, jumpa lagi