Harap boleh 'menjadi' main ngan Kelate! |
(25/2/2013)
Setelah berteka-teki
akhirnya Presiden KAFA,Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Fakri Saarani iaitu
pemain kebangsaan yang sedang bermain di Portugal sah menjadi milik Kelantan.
Fakri yang bermain
untuk kelab divisyen dua Portugal,Atletico S.C dikatakan 'terpaksa' beralih
arah setelah kelab tersebut bakal bermain dalam Liga Divisyen Tiga Portugal
yang dilihat tidak menguntungkan kerjaya beliau.
Fakri
telah menandatangani kontrak dengan KAFA dan bakal disenaraikan dalam skuad
'baru' Kelantan menjelang pintu perpindahan pemain yang dibuka pada April
nanti.
Seorang lagi pemain
tempatan juga bakal mengisi tempat dalam skuad Kelantan dan dikatakan telah
bersetuju untuk menyarung jersi The Red Warriors.Kemunculan pemain baru yang di
gelar 'Double FD' oleh penyokong-penyokong Kelantan bakal menyaksikan
kebangkitan semula The Red Warriors.
Selamat datang ke bumi
asal tanah tumpah lahirnya Fakri Saarani dan kedatangan beliau diharap dapat
mengisi kekosongan pemain dibahagian sayap kanan serta penyerang Kelantan.
***
Jadi bahan kutukan masa wakili HM |
Ahmad
Fakry Saarani Penyerang kebangsaan yg kini sedang beraksi bersama KELAB
ATHLETICO SC DI PORTUGAL disahkan telah menandatangani kontrak dengan pasukan
TRW...semua rundingan antara KAFA/ATHLETICO/FAKRY telah selesai kelmarin dan
KONTRAK YG BERMULA APRIL INI TELAH DISEMPURNAKAN MELALUI WAKIL KEDUA PIHAK DI
PORTUGAL..KEHADHIRAN FAKRY AKAN MEMPERKASAKAN LAGI JENTERA SERANGAN TRW YG KINI
TURUT MEMILIKI DIMI PETRATOS DAN DICKSON NWAKAEMI.....FAKRY DI JANGKA PULANG KE
TANAHAIR MAC INI SEBAIK SAJA TAMAT LIGA DI PORTUGAL...THIS IS KOTA
BHARU!!!!WELLCOME HOME FAKRY..Fakry adalah anak kelahiran kota bharu...ic 03!!
***
Ahmad Fakri Milik Kelantan
February 26, 2013
KOTA BHARU – Spekulasi tentang penyerang
kebangsaan Ahmad Fakri Saarani akan kembali ke tanah air terungkai, selepas
pemain itu sah menjadi milik pasukan Kelantan untuk mengharungi baki saingan
Liga Super musim ini.
Ahmad Fakri yang kini beraksi bersama Atletico SC
dalam divisyen tiga Portugal dikhabarkan mengikat kontrak selama setahun
bersama pasukan The Red Warriors kelmarin dan kontrak itu terbuka untuk
dilanjutkan.
Khabar gembira tersebut, diumumkan sendiri oleh
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa menerusi
entri laman sosial facebook miliknya, semalam.
Menurut Annuar, semua rundingan antara pihaknya
bersama pemain berkenaan dan kelabnya, Athletico SC telah selesai dan kontrak
tersebut akan bermula pada April ini.
“Semuanya telah sempurna melalui wakil kedua-dua
pihak di Portugal. Kehadiran Ahmad Fakri akan memperkasakan lagi jentera
serangan The Red Warriors yang kini turut memiliki Dimitrios Petrators dan
Dickson Nwakaemi.
“Ahmad Fakri dijangka pulang ke tanah air Mac ini
sebaik saja tamat liga di Portugal,” katanya.
Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, pemain
negara yang beraksi dalam liga Portugal itu mungkin kembali beraksi dalam liga
tempatan jika kelab yang diwakilinya gagal naik ke divisyen dua.
Namun, pengurus peribadi pemain itu, Faisal Zakariah
berkata, perkara itu akan terjawab sebulan lagi sebelum Ahmad Fakri yang
mewakili Atletico Sport Clube Reguengos membuat keputusan muktamad.
Dikhabarkan juga pemain kelahiran Kelantan itu
turut mengintai peluang beralih angin ke liga negara jiran, Thailand jika
mendapat tawaran.
Akhbar sebelum ini melaporkan, juara treble musim
lalu, Kelantan dikhabar bakal menyunting bekas penyerang Felda United, Ahmad
Fakri yang sedang menimba pengalaman bersama Atletico Sport Clube Reguengos
(Atletico SC) kelab Divisyen Tiga Portugal.
Sumber dalaman KAFA memberitahu, pemain tersebut
berada dalam perancangan KAFA untuk dibawa masuk bagi memperkuatkan lagi
jentera serangan Kelantan selepas pintu pendaftaran pemain dibuka pada 8 hingga
22 April ini.
Ahmad Fakri yang merupakan anak kelahiran Kota
Bharu, Kelantan memulakan kerjaya selaku pemain bola sepak skuad Piala Presiden
Perak pada tahun 2006 sebelum menyertai pasukan senior selama dua musim (2007
hingga 2008).
Bintang Ahmad Fakri terus bersinar apabila beliau
kemudiannya dipanggil menyertai skuad Harimau Muda A pada musim 2008 hingga
2009.
Selain itu, dia juga pernah beraksi dengan
beberapa pasukan seperti Perlis, Negeri Sembilan dan penampilan terakhirnya
dalam Liga-M musim lalu ialah bersama KL Felda United FC.
Kemasukan Ahmad Fakri ke kem Kelantan dijangka
mengakhiri masalah ketumpulan jentera serangan yang sedang melanda pasukan
juara treble itu.
***
Kejutan Fakri !
26/2/2013
Kuala Lumpur: 'Permainan' apakah
yang sebenarnya sedang berlaku ini?
Persoalan itu harus mengusik minda peminat bola sepak negara apabila dikejutkan dengan berita kepulangan semula Ahmad Fakri Sharani (gambar) dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) selepas tidak sampai dua bulan beraksi bersama kelab divisyen tiga Portugal, Atletico SC.

Ahmad Fakri yang menandatangani
kontrak enam bulan dan beraksi bersama Atletico sejak bulan lalu disahkan sudah
menandatangani kontrak dua musim dengan Kelantan - sekali gus akan beraksi
bersama The Red Warriors (TRW) sebaik pendaftaran kedua pemain dibuka, April
ini.
Faktor ejen Guimaraes?
Jika sebelum ini Ahmad Fakri bertegas terus kekal bersama Atletico SC, yang
pasti kepulangannya untuk kembali beraksi dalam Liga-M akan menimbulkan banyak
persoalan dan mencipta polemik baru - pemain tempatan yang beraksi di luar
negara sekadar 'hangat-hangat tahi ayam'.
Ini kerana dia bukan pemain pertama yang pulang dalam tempoh singkat kerana sebelum ini peminat dikejutkan dengan kepulangan bintang muda negara, Mohd Nazmi Faiz Mansor dari kelab Portugal, SC Biera Mar selepas hanya enam bulan bersama kelab divisyen satu itu.

Menariknya, pemergian Ahmad Fakri dan Mohd Nazmi beraksi dengan kedua-dua kelab
Portugal itu diuruskan oleh ejen Marco Guimaraes.
***
Tengku Abdullah Terkejut Kepulangan Fakri
KUANTAN - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku
Abdullah Sultan Ahmad Shah terkejut dengan kepulangan pemain negara, Ahmad
Fakri Saarani (gambar) ke Liga Malaysia selepas dua bulan beraksi
bersama Kelab Divisyen Tiga Portugal, Atletico SC.
Beliau sehingga kini masih belum mengetahui punca menyebabkan Ahmad Fakri
mengambil keputusan untuk kembali ke negara ini.
"Saya pun tidak tahu dan terkejut juga apabila mendengar berita
kepulangan Ahmad Fakri tapi saya percaya dia mungkin ada sebab
tersendiri," katanya di sini, semalam.
Kelmarin, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa
dipetik daripada entri akaun facebook miliknya sebagai berkata, Ahmad Fakri
menandatangani kontrak dengan Kelantan dan dijangka pulang ke tanah air Mac ini
sebaik sahaja tamat saingan Liga Portugal.
Menurut Tengku Abdullah, beliau akan menyiasat perkara itu dan akan bertemu
pemain terbabit sekiranya perlu.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden FAM itu menasihatkan para pemain negara
yang menerima tawaran dari kelab luar agar tidak mudah putus asa dan terus
menimba pengalaman jika berpeluang beraksi di sana.
"Saya hendak nasihat pemain muda kalau boleh beraksi di liga luar
negara kerana ia dapat membina pengalaman mereka.
"Kita tak ada banyak pilihan, kalau memilih biar yang terbaik dan kalau
ada pilihan jangan pergi ke liga yang rendah daripada kita dan seelok-eloknya
lebih tinggi daripada kita," jelasnya.
***Episod Duka Berulang ?
Norashikin Leman
BELUM terubat kekecewaannya terhadap
pemain muda harapan negara, Mohd Nazmi Faiz Mansor, Ketua Pengarah Majlis Sukan
Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong dikejutkan pula dengan berita
kepulangan Ahmad Fakri Saarani dari Atletico SC.
Pernah memuji ikrar penyerang muda Harimau Malaya itu yang berjanji untuk terus menimba ilmu di kelab Portugal, Atletico Sport Clube Reguengos, Zolkples meminta pemain berusia 23 tahun itu menjelaskan hal sebenar.
“Keputusannya untuk pulang dan memilih beraksi dalam kancah Liga Malaysia selepas hanya dua bulan beraksi bersama kelab divisyen tiga Portugal itu, seakan mengulangi episod duka Nazmi sebelum ini.
“Saya masih belum jelas dengan alasan mengapa beliau (Fakri) pulang. Adakah balik kerana sudah tamat kontrak, ataupun ada sebab lain?
“Dengarnya, Kelantan ada membayar pampasan kepada kelab Fakri di Portugal, namun saya masih belum dapat kenyataan berhubung perkara tersebut,” katanya ketika ditemui di Bukit Kiara semalam.
Siasat Ejen
MENYIFATKAN kepulangan Fakri sebagai satu lagi kerugian kepada bola sepak negara, Zolkples menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) segera menyiasat ejen Fakri, Marco Guimaraes yang juga turut bertindak sebagai orang tengah kepada Nazmi apabila pemain itu meninggalkan kelab Portugal, SC Beira Mar dan menyertai PKNS FC.
“Orang yang sama menguruskan mereka, FAM perlu selidik tugasnya, sekadar mencari keuntungan atau punya perancangan lain yang lebih bagus selepas ini.
“Fakri sudah diberi kepercayaan oleh pasukannya untuk berada dalam kesebelasan utama, jadi mengapa perlu pulang?
Sedar kebebasan terletak kepada pemain itu sendiri, Zolkples bagaimanapun berpendapat, sebagai badan induk yang menguruskan kemajuan bola sepak negara, FAM perlu melakukan sesuatu untuk mengekang perkara sama berlaku kepada pemain lain pada masa akan datang.
Pemain Manja
DITANYA mengenai tanggapan yang menyifatkan pemain Malaysia sebagai ‘manja’ kerana gagal menyesuaikan diri dengan situasi negara luar, Zolkples berkata: “Banyak faktor yang boleh mendorong seseorang itu.
“Sepatutnya, mereka (pemain) melakukan kajian terlebih dahulu sebarang tawaran sebelum membuat keputusan.
“Tiada untungnya kalau sekadar berhijrah ke luar negara untuk memanaskan bangku simpanan,"katanya.