31 January 2011

Juara Piala Sumbangsih 2011

Salam,

Kelantan membuka tirai Liga Super 2011 dengan langkah kanan, menewaskan Selangor 2-0 dalam perlawanan pembukaan/Piala Sumbangsih di Stadium Shah Alam.




Skuad baru, Jurulatih baru dan Piala baru,Tahniah Kelantan!!! Teruskan momentum kemenangan ini.
Gambar-gambar curik dari sini.

29 January 2011

Piala Sumbangsih 2011

Salam,

Liga Super 2011 dibuka malam ni dengan perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah menemukan Kelantan (Juara Piala Malaysia 2010) dan Selangor (Juara Liga Super 2010) di Stadium Shah Alam Selangor.

***Update@11.15 mlm-Kelantan menjuarai Piala Sumbangsih(dan memungut 3 mata) selepas menewaskan Selangor 2-0, gol jaringan NorShahrul dan Badri Radzi
.

18 January 2011

Pembuka Tin 2011

Salam,

Hari ni dah 18/1/2011, bermakna semalam adalah 17/1/2011, dan lusa 20/1/2011 iaitu hari Khamis, bersamaan Hari Thaipusam!! KL cuti yeyyy!!!!(Awal Februari ni cuti Hari Wilayah dan cuti Tahun Baru Cina pulok!!)

Dah 18 hari di tahun baru 2011, baru hari ni berkesempatan menggodek blog yang dah macam batu blok ni,,,,,, maklum la awal-awal tahun sibuk skit dan sibuk banyak, nak setel pasal tu, nak setel pasal ni, nak setel Pasar Seni, nak buat tu, nak buat ni, nak buat keje opis, nak buat keje pejabat, nak lawat tapak, nak gi site, lawat kilang-kilang, factory-factory, ladang-ladang dan estet-estet, rumah sampan, boathouse,macam-macam hal dan macam-macam Aznil.









Jersi Kelantan 2011




Liga Super Musim 2011 dah nak mula, perlawanan pembukaan pada 29/1/2011 ni (Sabtu) merebut Piala Sumbangsih menemukan Juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia 2010, iatu Selangor vs Kelantan di Stadium Shah Alam.

Lagu mana skuad Red Warrior tahun ni??????????????