31 December 2009

Selamat Tinggal 2009, Selamat Datang 2010

Salam,
Selamat Datang 2010, Selamat Tinggal 2009, (kirim salam kat 2008)

Kuala Lumpur, view dari tingkap opisss, di tingkat 20 @31/12/2009 (2.30 pm)

14 December 2009

Malaysia vs Laos(Semi Final Sukan Sea XXV)

Salam,
Perlawanan semi final bola sepak Sukan Sea XXV Laos diantara Malaysia dan Laos akan berlangsung hari ini (14/12/2009) pada jam 8 malam waktu Malaysia dijangka disiar secara langsung menerusi TV2, RTM hasil kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Belia dan Sukan(Sinar Harian).
Lamaaaaaaaa sudah rasanya pasukan (bola) Malaysia kita 'tenggelam-timbul', ini la masanya membuktikan sesuatu kepada peminat-peminat bolasepak tempatan.Kemenangan 2 -1 ke atas Thailand (dalam peringkat kumpulan) seharusnya diulangi dalam pertemuan dengan Laos nanti.Kalau menang, Malaysia akan ke final untuk memburu pingat EMAS di Sukan Sea XXV ini......
(Update@10.00 malam 14/12/2009~Malaysia menewaskan Laos 3 - 1, dan akan bertemu Vietnam( yang menewaskan Singapura 4 - 1) pada final untuk merebut pingat emas, pada Khamis ini (17/12/2009).....
(Update@18/12/2009_Malaysia menamatkan kemarau pingat emas 20 tahun selepas menewaskan Vietnam 1-0 dalam Final Bolasepak Sukan SEA XXV semalam....tahniah!!!)

09 December 2009

Jalan-Jalan Cuti Sekolah

Salam,
Dah sebulan tak berblog disebabkan ketiadaan 'berokband', kat opih pulak internet dah lamaaaaa kena 'road-block', nak gi CC pun takde masa, rasa bosan pulak bila takde internet ni....maka terpaksa le usung laptop ke tempat yang ada 'wireless' !!!.



Biasanya 'time' cuti sekolah gini ramai yang bercuti ke KL....bagi gua yang dah dok di KL ni pun, ini le masa nak bawak 'anak-anak' berjalan-jalan ke KL ni. Ke mana lagi kalau bukan ke Taman KLCC! Ini le tempat tumpuan warga kota, warga Indon, warga Bangla, termasuk le warga Eskimo sekalipun, tak kira masa, hari biasa, hari tak cuti, lebih-lebih lagi masa cuti, selalunya dipenuhi pengunjung.....(dekat dengan KLCC le katakan!!!).
Taman yang besar, landskap yang indah dan menarik, kemudahan(fasiliti) yang serba lengkap menarik ramai pengunjung ke sini.
(Tak nak cerita lebih le, Semua orang kampung hatta orang utan pun tau pasal KLCC ni....)