29 September 2009

CORET-CORET AidilFitri 2009

Salam,
Hari ni, Selasa 29/9/2009, gua mula keje semula selepas cuti panjang(raya sakan!). Hampir dua minggu bercuti raya, terlalu banyak perkara yang berlaku, tak tahu nak mula yang mana satu! otak dah beku! jari-jari jadi kaku! mulut rasa nak mamah maruku!
Layan gambar jer lah!

Ramadhan terakhir(29 Syawal 1430), majlis berbuka puasa beramai-ramai di kampung Tapang(MasyaAllah!!ramainya makanan!)

1 Syawal 1430 / 20 hb September 2009 (Ahad)



4 Syawal 1430 / 23 hb September 2009~Menjadi 'saksi' perkahwinan adik ipar.
***
EPL pun dah mula hangat! masa raya bebaru ni, MU menang ke atas jiran mereka Man.City 4-3 dalam perlawanan yang penuh dramatik, kendian menang lagi ke atas Stoke City 2-0, skang ni(setakat ari ni) MU sedang mengungguli carta liga dengan 18 mata.

Saingan Piala Malaysia pun baru bermula, Kelantan bermula baik dengan menewaskan Pulau Pinang 2-1, kemudian menang lagi 1-0 ke atas Kedah, skang memungut 6 mata untuk mendahului kumpulan E.
Sekiannnn

15 September 2009

SALAM AIDILFITRI 1430 H (2009)~Menghitung Hari~Balik Kampung

Salam,
Hari ni 15/9/2009 bersamaan 25 Ramadhan 1430H,bermakna dah 25 hari kita berpuasa, bermakna lagi 5 hari nak menyambut Aidilfitri, bermakna gua kena balik kampung, walaupun hari-hari balik kampung (ulang-alik gi keje dari Kg.Pandan(Desa Pandan) ke Kg.Baru!) tapi raya ni kena gak balik kampung kat Ulu Manchester nun,hi,hi,,,,,
Sehari-dua hari ni opih lenganggggg je, sunyi, senyap, takde orang, mana semua orang pegi hahhh???? Jalan TAR??? Sogo??? Chow Kit??? gi tukar duit raya kat bank????

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI 1430 H KEPADA SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT tak kira di mana berada.
Wassalam.

07 September 2009

BRAZIL Layak ke Piala Dunia 2010

Salam,
Semalam berlangsung persaingan kelayakan Piala Dunia 2010 peringkat Amerika Selatan menemukan 2 seteru utama, Brazil dan Argentina, dimana keputusannya, pasukan 'peberet' gua Brazil menewaskan pasukan tuan rumah, Argentina 3 - 1. Gol-gol Brazil dijaringkan Luis Fabiano (2 gol) dan Luisao 1 gol. Kemenangan ini mengesahkan kemaraan pasukan 'Samba' ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan walaupun masih berbaki 3 perlawanan. Sekarang, Brazil mendahului kumpulan Amerika Selatan dengan 30 mata, diikuti Paraguay(27), Chile(26) dan Argentina(22). Empat pasukan teratas daripada kumpulan ini akan layak secara otomatik.
Luisao menjaringkan gol pertama Brazil.
Gol ke-3 Brazil melalui penyudah cantik Luis Fabiano.

Kaka bermain dengan kaki bukannya dengan tangan.
Brazil mendahului perlawanan semalam menerusi tandukan pemain pertahanan, Luisao diikuti gol ke-2 oleh Luis Fabiano yang menyudahkan bola muntah apabila Andujar gagal menangkap kemas sepakan Kaka. Argentina merapatkan jurang 1-2 menerusi sepakan cantik dari luar kotak penalti oleh Jesus Datolo. Ketika Argentina berusaha mencari gol penyamaan, Brazil memastikan kemenangan 3-1, dua minit selepas jaringan mereka, menerusi tindakan bijak Luis Fabiano.

01 September 2009

JALAN-JALAN di Jalan TAR

Salam,
Untuk memenuhi masa lapang (selain dari mengumpul setem) sempena cuti hujung minggu + cuti Merdeka gua ambik kesempatan membawak mem & 'anak-anak' jalan-jalan cari pasal kat sekitar Jalan TAR.

Keadaan di Jalan TAR, musim cuti-cuti gini, ditambah pulak nak sambut Raya, macam biasa seperti tahun lepas-lepas, sungguh sesakkkkkkkk sekali. Sesak dengan pelbagai macam manusia yang datang entah dari mana, semuanya datang sini untuk 'soping' rayaaaaaaa maaaa. Gua pun tompang menyibuk sekaki maaa.





Kesimpulannya seronokkkk (tapi penattttttt!, puasakan!), esok-esok nak datang lagi, sebab gua belom 'soping' lagi ...... ni cuma jalan-jalan saja maaaaaaaa.