30 June 2012

Final EURO 2012

Spain vs Italy (1-7-2012)













KIEV - Mereka bersemuka lagi. Namun, kali ini, Sepanyol dan Itali bukan lagi berentap untuk tiga mata, sebaliknya bagi merebut kejuaraan Euro 2012 dan memahat nama mereka dalam buku sejarah Kejohanan Eropah.

Dua seteru Mediterranean itu bertembung buat kali kedua dalam tempoh tiga minggu selepas seri 1-1 pada aksi pembukaan Kumpulan C.

Selaku penyandang juara dunia dan Eropah, Sepanyol memburu gelaran utama ketiga berturut-turut untuk mengesahkan status mereka selaku pasukan kebangsaan terulung sepanjang zaman.
Bergelar juara selepas final awal pagi esok bermakna Sepanyol juga menyamai pencapaian Jerman selaku juara Eropah tiga kali.

Pengendali Azzurri, Cesare Prandelli sendiri memilih Sepanyol sebagai pasukan pilihan untuk menjulang trofi.
"Sepanyol masih merupakan pasukan pilihan kerana hasil kerja keras mereka curahkan selama beberapa tahun ini. Mereka begitu dominan dalam setiap perlawanan yang diharungi setakat ini," kata Prandelli.
Prandelli pastinya bergantung kepada rangkaian serangan Balotelli, Antonio Cassano dan Andrea Pirlo untuk merobek gawang Sepanyol, yang masih kebal tidak dibolosi sejak perlawanan pembukaan kedua-dua pasukan.

Ia mewujudkan satu keadaan menarik kerana Itali bukan lagi pasukan konservatif yang hanya mementingkan pertahanan berdisiplin. Skuad Azzurri untuk edisi Euro kali ini dilihat sebagai yang paling memiliki minda menyerang dalam sejarah pasukan kebangsaan itu.
Balotelli yang memiliki koleksi tiga gol kejohanan setakat ini, telah pun melaungkan niatnya untuk memenangi Kasut Emas.

"Saya telah menunggu lama untuk saat ini, terutamanya kerana kehadiran ibu saya yang datang jauh untuk menyokong saya dan saya mahu mengembirakannya.

"Saya mengharapkan kesudahan Ahad ini lebih baik. Untuk final, bapa saya mungkin akan datang juga... saya berharap untuk menjaringkan gol," kata penyerang Manchester City berusia 21 tahun itu.

Sepanyol masih belum tewas dalam sebarang perlawanan Euro sejak lapan tahun lalu dan telah pun menyamai kehebatan Jerman Barat sebagai satu-satunya penyandang juara yang berjaya kembali ke perlawanan akhir selepas memenangi Piala Dunia.

Untuk final, jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque berkemungkinan besar mengulangi formasi 4-6-0 yang digunakan ketika aksi pembukaan 10 Jun, dengan Cesc Fabregas dibiarkan terus memainkan peranan 'penyerang bayangan'.

Del Bosque juga dijangka menggunakan khidmat Pedro Rodriguez dan Jesus Navas yang memberi impak selaku pemain gantian. Dua pemain tengah penyerang terbabit sememangnya dihargai del Bosque kerana tidak mengadu biarpun memanas bangku simpanan.

"Apabila kamu memasukkan pemain gantian yang kecewa, keadaannya selalu menjadi lebih rumit. Namun jika pemain yang diturunkan itu adalah mereka yang gembira walaupun hanya beraksi seminit, ia mampu membawa perbezaan," ujar Del Bosque yang akan menyaingi pencapaian Helmut Schoen, iaitu jurulatih Jerman Barat yang pernah mengecapi kedua-dua Piala Dunia dan Kejohanan Eropah. - Agensi
(Update: Spain menjuarai EURO 2012 menewaskan Italy 4-0)

17 May 2012

Final Piala FA 2012

Final Piala FA 2012 - Sime Darby vs Kelantan @19hb Mei 2012 (Sabtu) Stadium Nasional Bukit Jalil

Update@19/5/2012 :- Kelantan menjuarai Piala FA 2012 setelah menewaskan Sime Darby 1-0, jaringan penalti Ghaddar!..Tahniah Kelantan, Juara Baru, Piala Baru!

03 April 2012

'Wo' Pulok Tak Dok...

Salam,
Susulan pemergian Yuyu pada 19/3/2012,,,,,,,Wo(nenek) pulak 'meninggal'kan aku/kami pada pagi Sabtu (12.45 pagi) 31/3/2012 lalu akibat sakit tua.
Seminggu sebelum Wo meninggal iaitu pada 24/3/2012 (Sabtu) aku sempat bawa Faris ziarah moyangnya(arwah) itu di KB sebelum aku bertolak balik KL keesokan harinya. Itulah kali pertama dan juga kali terakhir Faris 'jumpa' moyangnya.....



Faris dalam ribaan moyangnya

Terkilan skitttt tak dapat 'jumpa' Wo buat kali terakhir sebab aku sampai KB lebih kurang pukul 12.00 tengahari sementara majlis pengkebumian telahpun selesai jam 11.30 pagi,,,tapi syukur sekurang-kurangnya aku dah bawa Faris jumpa Wo seminggu sebelum itu, dapatlah Faris bermesra dan 'berona' dengan Wo walaupun sekejap.....

Al-Fatihah untuk arwah Sepiah bt Samad (1929-2012).

25 March 2012

Kelahiran Faris & Pemergian Yuyu

Salam,
Dah lama rasanya blog ni terbiar, baru hari ni sempat menaip skit-skittt....Nak tulis banyak-banyak pun modal tak mencukupi tambahan pula cuaca hujan sekarang ini...



Faris & Arwah Mak Saudaranya(Yuyu/CikSu)@7-3-2012 (Hospital Pusrawi)

Tanggal 7hb Mac 2012 (Rabu jam 12.45 t/hari) Faris telah selamat dilahirkan, di Hospital Pusrawi KL, Syukur Alhamdulillah semuanya selamat, baby sihat molek(w/pun ada kuning skit!), ibu dia pun baik-baik adanya walaupun ada skitt rasa terkilan?/sedih?/terkejut/takut?...sbb terpaksa/dipaksa bersalin secara 'caesar'.....


Selang 13 hari kelahiran Faris, tanggal 19hb Mac 2012 (Isnin) kami dikejutkan dengan berita 'pemergian' Yuyu akibat penyakit kanser yang ditanggungnya sejak sekian lama. Kami sekeluarga walaupun sedih dengan kehilangan beliau tetapi redha dengan ketentuanNya.

Diharap Abah dan Mama serta seluruh ahli keluarga (mertua)ku tabah dan banyak-bayak bersabar menghadapi dugaan ini.

06 February 2012

EPL (Chelsea vs Man U)

Chelsea vs Manchester United@6-2-2012 (3-3)