03 April 2012

'Wo' Pulok Tak Dok...

Salam,
Susulan pemergian Yuyu pada 19/3/2012,,,,,,,Wo(nenek) pulak 'meninggal'kan aku/kami pada pagi Sabtu (12.45 pagi) 31/3/2012 lalu akibat sakit tua.
Seminggu sebelum Wo meninggal iaitu pada 24/3/2012 (Sabtu) aku sempat bawa Faris ziarah moyangnya(arwah) itu di KB sebelum aku bertolak balik KL keesokan harinya. Itulah kali pertama dan juga kali terakhir Faris 'jumpa' moyangnya.....



Faris dalam ribaan moyangnya

Terkilan skitttt tak dapat 'jumpa' Wo buat kali terakhir sebab aku sampai KB lebih kurang pukul 12.00 tengahari sementara majlis pengkebumian telahpun selesai jam 11.30 pagi,,,tapi syukur sekurang-kurangnya aku dah bawa Faris jumpa Wo seminggu sebelum itu, dapatlah Faris bermesra dan 'berona' dengan Wo walaupun sekejap.....

Al-Fatihah untuk arwah Sepiah bt Samad (1929-2012).

25 March 2012

Kelahiran Faris & Pemergian Yuyu

Salam,
Dah lama rasanya blog ni terbiar, baru hari ni sempat menaip skit-skittt....Nak tulis banyak-banyak pun modal tak mencukupi tambahan pula cuaca hujan sekarang ini...



Faris & Arwah Mak Saudaranya(Yuyu/CikSu)@7-3-2012 (Hospital Pusrawi)

Tanggal 7hb Mac 2012 (Rabu jam 12.45 t/hari) Faris telah selamat dilahirkan, di Hospital Pusrawi KL, Syukur Alhamdulillah semuanya selamat, baby sihat molek(w/pun ada kuning skit!), ibu dia pun baik-baik adanya walaupun ada skitt rasa terkilan?/sedih?/terkejut/takut?...sbb terpaksa/dipaksa bersalin secara 'caesar'.....


Selang 13 hari kelahiran Faris, tanggal 19hb Mac 2012 (Isnin) kami dikejutkan dengan berita 'pemergian' Yuyu akibat penyakit kanser yang ditanggungnya sejak sekian lama. Kami sekeluarga walaupun sedih dengan kehilangan beliau tetapi redha dengan ketentuanNya.

Diharap Abah dan Mama serta seluruh ahli keluarga (mertua)ku tabah dan banyak-bayak bersabar menghadapi dugaan ini.

06 February 2012

EPL (Chelsea vs Man U)

Chelsea vs Manchester United@6-2-2012 (3-3)

11 January 2012

LSM (Lions XII vs Kelantan)

Perlawanan Pertama Liga Super Malaysia 2012 @10-1-2012
Lions XII vs Kelantan (1-2)



Video ambik dari:-http://trwkb.blogspot.com/

Keputusan-keputusan Lain:-

Felda United vs Sabah (2-0)
Negeri Sembilan vs Selangor (2-2)
Perak vs Terengganu (1-0)
T-Team vs Kedah (3-0)
Sarawak vs Kuala Lumpur (2-0)
PKNS vs Johor Fc (1-2)

06 January 2012

Piala Sumbangsih 2012

Salam,

Perlawanan pembuka tirai Liga Super Malaysia 2012 merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih) menemukan Juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia musim lalu (2011) iaitu Kelantan vs Negeri Sembilan, pada 7/1/2012 (Sabtu) bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, jam 8.45 malam.

*** Update@7/12012- NS menewaskan Kelantan 2-1 untuk menjuarai Piala Sumbangsih.