08 October 2012

Sup Urat Keting (UK)

Semalam (Ahad 7-10-2012) dok lepak kat umah sambil menonton Jalan-Jalan Cari Makan TV3,dia tunjuk pulok pasal Restoren Sup Urat Keting UK kat Seksyen 7 Bangi,,,,,, apa lagi Mem mula la membangkit kisah silam,,katanya dari duluuuuuuuu lagi dia nak makan sup urat keting, tapi tak dapat-dapat,,,pendek cite dan panjang stori  Mem pun mengajak le ke restoren UK ni untuk makan tengahari, tang tang  tu jugak!!!

Restoren Sup Urat Keting UK, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi

Kawe bukan familiar sangat area Bangi ni maklum la dok jauuuuuh di Desa Pandan (jauh la sangat!!!!), lagi pun nak gi jauh-jauh semata-mata nak pekena semangkuk sup 'agak' malas pulok rasanya,,,,tapi memandangkan Mem begitu ‘serius’ nak makan sup urat keting, maka kawe ikut je la…

Sebelum gi, kawe cuba tanya En. Google kat mana letaknya restoren ni,,,mana tau kot-kot  tersesat ke Seksyen 7 Shah Alam pulok! Bila dah tanya pendapat En. Google tu kawe dapat agak skit-skit kat mana lokasi restoren neh,Mengikut En.Google lagi, rupanya agak tersohor juga la restoren ni, citenya dah kuar kat Kosmo, kuar pulok kat JJCM TV3, dan banyak blog-blog termasuk batu blok dan Blok G8 Desa Pandan menulis tentang restoren neh,,,, Alkisah katanya Dato Dr Fadhillah Kamsah pun selalu makan kat sini.
Ini le rupa Sup Urat Keting, rasanya memang lain dari sup ayam!

Dipanjangkan cite dan dipendekkan stori  jam 2.00 petang sampai la kami ke restoren ni,  kawe tengok orang pun agak ramai , maklum la time makan tengahari, hari minggu pulok lagi, orang beratur panjang (tak la sampai 1 km) nak order sup….

Lepas dapat tempat duduk, kawe gi le masuk barisan (beratur) untuk order roti canai!! Apa hal datang ke Restoren Sup Urat Keting nak order roti canai??? Mesti la nak order sup!!! Kawe order 2 mangkuk sup urat keting + 2 nasi putih (nasik sendiri ambik)

Bila dah makan rasa kira okey la,,,,, sedap la jugak, tapi Mem kata sedap lagi sup gear box kt TM, selain sup urat keting, sup2 lain cam sup tulang, sup ekor pun ada,,,,tapi specialty kt restoren ni sup urat keting lah dah nama dia pun Restoren Sup urat keting!!! Takkan dia nak jual sate pulak!!!  Eh  ada la jual sate kat restoren ni!! Malah katanya lebih sedap dari Sate Kajang, (Sate Kajang tak jauh dah dari sini) lepas pekena sup urat keting, sebelum balik sempat la tapau sate 10 cucuk + nasi impit 2 ketul,,,,, sate dia sedap, nasik impit pon sodappppp….
Sate kat sini pon sodapppp!!!!!

Secara keseluruhan belanja ari tu…..2 mangkuk sup urat keting + 2 pinggan nasik putih + daging goreng skit + milo ais + neskopi o ais = RM23.00 + 10 cucuk sate + 2 ketul nasik impit = RM9.00 --- Total RM32.00

Sekian Cerita Sup Urat Keting UK Seksyen 7 Bangi, pahni tak nak cerita sup lain pulok!

17 September 2012

Piala AFC 2012 (Suku Akhir)

Piala AFC 2012 (Suku Akhir)
Arbil FC (Iraq)
Kelantan (Malaysia)
Kelantan (Malaysia)  vs Arbil FC (Iraq)

Suku Akhir 1 - 18hb September 2012 (Stadium Franso Hariri, Arbil)
Suku Akhir 2 - 25hb September 2012 (Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu)
***
19-9-2012
Malam tadi Kelantan dibelasah 5-1 oleh Erbil Fc dalam suku akhir 1 di Iraq....Mampukah Kelantan memadamkan/mengurangkan defisit gol pada perlawanan suku akhir 2 pada 25-9-2012 di KB nanti???? Gomo Klate gomo!

25-9-2012 
Kelantan dan Arbil terikat 1-1, bemakna Arbil mara ke peringkat semi final setelah menang menerusi agriget 6-2

19 August 2012

Salam Aidilfitri 2012

Aidilfitri@19-8-2012 (Ahad)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN, DUNIA & AKHIRAT

07 July 2012

Kelantan Juara Liga Super 2012


KUALA LUMPUR, 7 Julai 2012 (Bernama) – Kelantan berjaya mempertahankan Piala Liga Super yang dimenangi musim lepas apabila membelasah Perak 6-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, Kelantan.

Kemenangan ke-17 daripada 24 perlawanan liga itu membolehkan mereka memungut 57 mata, berkelebihan tujuh mata daripada pencabar terdekat, Lions XII dari Singapura dengan masing-masing masih mempunyai dua baki perlawanan.

Kelantan merupakan pasukan ketiga yang berjaya mempertahan piala itu sejak ia diperkenalkan pada 2004 yang dimenangi oleh Pahang, selepas Kedah melakukannya pada 2007 dan 2008 serta Selangor pada 2009 dan 2010.

TAHNIAH  KELANTAN!!!! Lepas ni boleh tumpukan kepada Piala Malaysia pulokkk, pahtu Piala AFC!.

30 June 2012

Final EURO 2012

Spain vs Italy (1-7-2012)













KIEV - Mereka bersemuka lagi. Namun, kali ini, Sepanyol dan Itali bukan lagi berentap untuk tiga mata, sebaliknya bagi merebut kejuaraan Euro 2012 dan memahat nama mereka dalam buku sejarah Kejohanan Eropah.

Dua seteru Mediterranean itu bertembung buat kali kedua dalam tempoh tiga minggu selepas seri 1-1 pada aksi pembukaan Kumpulan C.

Selaku penyandang juara dunia dan Eropah, Sepanyol memburu gelaran utama ketiga berturut-turut untuk mengesahkan status mereka selaku pasukan kebangsaan terulung sepanjang zaman.
Bergelar juara selepas final awal pagi esok bermakna Sepanyol juga menyamai pencapaian Jerman selaku juara Eropah tiga kali.

Pengendali Azzurri, Cesare Prandelli sendiri memilih Sepanyol sebagai pasukan pilihan untuk menjulang trofi.
"Sepanyol masih merupakan pasukan pilihan kerana hasil kerja keras mereka curahkan selama beberapa tahun ini. Mereka begitu dominan dalam setiap perlawanan yang diharungi setakat ini," kata Prandelli.
Prandelli pastinya bergantung kepada rangkaian serangan Balotelli, Antonio Cassano dan Andrea Pirlo untuk merobek gawang Sepanyol, yang masih kebal tidak dibolosi sejak perlawanan pembukaan kedua-dua pasukan.

Ia mewujudkan satu keadaan menarik kerana Itali bukan lagi pasukan konservatif yang hanya mementingkan pertahanan berdisiplin. Skuad Azzurri untuk edisi Euro kali ini dilihat sebagai yang paling memiliki minda menyerang dalam sejarah pasukan kebangsaan itu.
Balotelli yang memiliki koleksi tiga gol kejohanan setakat ini, telah pun melaungkan niatnya untuk memenangi Kasut Emas.

"Saya telah menunggu lama untuk saat ini, terutamanya kerana kehadiran ibu saya yang datang jauh untuk menyokong saya dan saya mahu mengembirakannya.

"Saya mengharapkan kesudahan Ahad ini lebih baik. Untuk final, bapa saya mungkin akan datang juga... saya berharap untuk menjaringkan gol," kata penyerang Manchester City berusia 21 tahun itu.

Sepanyol masih belum tewas dalam sebarang perlawanan Euro sejak lapan tahun lalu dan telah pun menyamai kehebatan Jerman Barat sebagai satu-satunya penyandang juara yang berjaya kembali ke perlawanan akhir selepas memenangi Piala Dunia.

Untuk final, jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque berkemungkinan besar mengulangi formasi 4-6-0 yang digunakan ketika aksi pembukaan 10 Jun, dengan Cesc Fabregas dibiarkan terus memainkan peranan 'penyerang bayangan'.

Del Bosque juga dijangka menggunakan khidmat Pedro Rodriguez dan Jesus Navas yang memberi impak selaku pemain gantian. Dua pemain tengah penyerang terbabit sememangnya dihargai del Bosque kerana tidak mengadu biarpun memanas bangku simpanan.

"Apabila kamu memasukkan pemain gantian yang kecewa, keadaannya selalu menjadi lebih rumit. Namun jika pemain yang diturunkan itu adalah mereka yang gembira walaupun hanya beraksi seminit, ia mampu membawa perbezaan," ujar Del Bosque yang akan menyaingi pencapaian Helmut Schoen, iaitu jurulatih Jerman Barat yang pernah mengecapi kedua-dua Piala Dunia dan Kejohanan Eropah. - Agensi
(Update: Spain menjuarai EURO 2012 menewaskan Italy 4-0)