15 June 2010

Portugis 0 Ivory Coast 0

Kumpulan G
Portugal vs Ivory Coast (0-0) (15/6/2010)

Drogba & Ronaldo,,,,,dua-dua kempunan untuk jaring gol untuk Kampung masing-masing,,,walaupun gagal menjaringkan gol, mereka tetap berkawan dan selalu pergi pasar malam sama-sama.

12 June 2010

Dah Mula dah....

Salam,

Piala Dunia 2010 dah mulaaaaaa,,,,malam tadi tengok perlawanan pembukaan kat TV1, tuan rumah Afrika Selatan vs Mexico (Kumpulan A),,,,,berkesudahan seri 1-1.

Kumpulan G- Brazil, Portugal, Ivory Coast & Korea Utara
Perlawanan pembukaan kumpulan G-Ivory Coast vs Portugal, Brasil vs Korea Utara pada 16/6/2010

Brazil-Pasukan pilihan Mak Cik Rokiah, untuk menjuarai Piala Dunia tahun 2010 ini,,,,,

12 May 2010

Seputar Semutar...

Salam,
Lama tak 'update' pasal bola,,,,EPL dah abih,,,Chelsea dah pun bergelar Juara!!! lebih satu mata je dari Man U,(...kesian MU,,,tak kesampaian nak cipta rekod EPL juara liga empat kali berturut-turut),,,,















Ni bukan Piala Thomas...

World Cup pun dah tak lama lagi nak mulaaaaa,,,,(tak sabar nak berjaga malam!),,,,,
Skang ni pulak tengah berlangsung Piala Thomas & Uber,,,,Malam tadi, dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Malaysia kalah 2-3 kepada Jepun,,,,jadi naib juara kumpulan dan akan menentang Denmark di suku akhir hari ni,,,
Liga Super dah memasuki pusingan ke-2,,,malam tadi Kelantan kito menewaskan Johor 4-1 di Johor Baharu.(Sebelum tu Kelantan menang 2-1 ke atas Pahang di Kota Bharu,,,,dan seri 3-3 masa main kat Kuantan.
Kedudukan liga skang Kelantan di tempat ke-2 mengumpul 32 mata, 3 mata di belakang Selangor.
Lepas ni, Sabtu 15/5/2010 Kelantan akan menunggu Terengganu di Kota Bharu.
***Update@5/6/2010
15/5/2010-Kelantan 3 Terengganu 0
22/5/2010-Kelantan 2 Perlis 1
25/5/2010-Kelantan 0 Kedah 0
29/5/2010-Kelantan 3 Pulau Pinang 1
01/6/2010-Kelantan 2 Perak 0
Liga Super berenti jap...sebulan lebih, nak beri laluan kepada Piala Dunia yang akan mula pada 11/6/2010...abih je Piala Dunia,Kelantan akan ke Shah Alam,,,bertemu Selangorrrrrr

27 April 2010

Kitab Ilmu Pokok-Pokok

Salam,
Skang ni tengah sibuk 'berguru' dengan sebuah kitab lama yang purbakala untuk panduan pekerjaan gua setiap hari. Kitab ni sangat penting untuk gua (dan juga sapa-sapa yang kerjanya terlibat dengan pokok-pokok) bagi mengenalpasti spesis-spesis yang sesuai untuk digunakan dalam projek yang dijalankan.























Kitab ini terkarang oleh F.G. Browne, dipinda dan ditambah oleh Ismail bin Haji Ali, cetak yang keempat 1974 dan diterbitkan oleh Kementerian Tanah, Galian dan Tugas-Tugas Khas, Kolej dan Sekolah Perhutanan, Jabatan Perhutanan, Semenanjung Malaysia 1974. (Buku ni gua jumpa kat Bilik Sumber opisss(dalam bentuk salinan fotostat),,, ada sesapa yang memiliki buku ini yang asal/ori?????.....

21 April 2010

Menang dan Menang...

Mula-mula sekali,,,,tahniah sebab menang, dan menang, (harapnya menang lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii)
Gambo ihsan(bukan royalti) dari Sangkunang
Setelah lebih sebulan 'berehat' panjang, Kelantan meneruskan saingan Liga Super tahun ni dengan dua kemenangan berturut-turut. Pada 17/4/2010 lepas Kelantan menewaskan Juara Piala FA yang baru dinobat, Negeri Sembilan 3-1 di Paroi.
Malam tadi pulok(20/4/2010), di Kota Bharu, Kelantan menang lagi 3-0 menentang Kuala Lumpur. Sekarang Kelantan di tempat 3/4 ( sama mata dengan Johor Fc, 22 mata), di belakang Terengganu dan Selangor.
Ini le yang gua, penduduk kampung, ketua kampung, peminat dan penyokong Red Warrior mahu,,,harapnya jangan terbantut setakat ini saja, teruskan rentak kemenangan ini dalam perlawanan seterusnya.
Pah ni ( Sabtu 24/4/2010) kelantan akan bertandang ke KL menentang KL Plus.

***Update@24/4/2010_Kelantan menang lagi,,,,,menewaskan KL Plus 3-0 di Stadium MBPJ Kelana Jaya sebentar tadi.