Piala FA Untuk Penyokong
KUALA
LUMPUR - Khairul Fahmi Che Mat menganggap kejayaan Kelantan memenangi Piala FA
apabila mengalahkan Johor Darul Takzim 1-0 kelmarin sebagai kemenangan untuk
penyokong setia The Red Warriors.
Dia
mengakui bukan mudah memenangi kembali Piala FA kali ini kerana berdepan
tentangan sengit daripada pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim dan
berharap lebih banyak kejayaan akan dinikmati oleh The Red Warriors
selepas ini.
"Terima
kasih kepada para penyokong Kelantan yang tidak putus-putus memberikan sokongan
padu sepanjang perlawanan.
"Piala
FA ini adalah untuk mereka semua yang sentiasa setia di belakang Kelantan dan
kejayaan mempertahankan kejuaraan Piala FA ini cukup manis, " katanya yang
ditemui selepas perlawanan kelmarin.
Dalam
masa sama, Apek melihat masalah kecederaan yang menimpa dua pemain utama Johor
Darul Takzim menyebabkan skuad bimbingan Fandi Ahmad gagal memberikan
persembahan terbaik.
"Masalah
kecederaan yang menimpa Safee Sali dan Andrezinho pada awal permainan mungkin
memberikan kesan kepada permainan mereka.
"Barisan
hadapan kami pula dapat mencipta banyak peluang dan pergerakan mereka cukup
lancar yang secara tidak langsung memberikan keyakinan buat kami dalam
perlawanan ini.
"Selepas
jaringan Norfarhan (Muhammad), Johor DT banyak menyerang pada separuh masa
kedua tetapi aksi pertahanan banyak membantu saya untuk memastikan gawang
Kelantan tidak dibolosi, " katanya,
***
Pengakuan M. Karathu
“PIYA
(Mohd. Badhri Mohd. Radzi) telah membuktikan keupayaannya dan sudah tiba
masanya untuk dia diberikan peluang mengemudi jentera tengah skuad Harimau
Malaya.”
Demikian
tegas bekas jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu (gambar kecil) selepas
menyaksikan kapten Kelantan itu membantu The Red Warriors (TWR) mempertahankan
Piala FA dengan menewaskan Johor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada final di
Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.
Pada
perlawanan tersebut, Piya muncul watak penting dengan melakukan banyak hantaran
tepat kepada jentera serangan Kelantan dan umpanan pertamanya kepada Mohd.
Norfarhan Muhammad telah berjaya menghasilkan gol tunggal perlawanan pada minit
ke-16.
Kelincahan
yang dipamerkan pemain tengah kelantan itu membolehkannya dinobatkan sebagai
Pemain Terbaik perlawanan akhir.
“Piya
merupakan seorang ‘jeneral padang’ yang hebat. Lihat sahaja gandingannya dengan
Mohd. Shakir Shaari yang berjaya menguasai bahagian tengah berbanding Johor DT.
“Sebenarnya,
saya juga hairan dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh Johor DT. Dalam
aksi sebelum ini, pemain-pemain tengah mereka lebih banyak pegang bola.
“Namun,
pada aksi semalam (kelmarin), mereka dilihat lebih kerap turun dan melakukan
serangan melalui bahagian tepi.
“Piya
dilihat semakin selesa dengan gaya permainannya. malah mampu melepasi dua tiga
pemain tengah Johor DT. Ini bermakna Johor DT memberikan ruang yang selesa
kepada Kelantan untuk bergerak.
“Hasilnya,
Kelantan berjaya mengambil kesempatan itu dengan menjaringkan gol kemenangan
sekali gus mempertahankan kejuaraan Piala FA,” katanya ketika dihubungi Kosmo!,
semalam.
Tambah
bekas pengendali Perak itu, beliau menepis dakwaan bahawa Piya hanya mampu
menyinar dengan Kelantan dan tenggelam ketika bersama Harimau Malaya.
Ini
kerana Karathu menganggap pemain berusia 31 tahun itu memiliki kelebihan dari
sudut pengalaman beraksi di pentas final dan Piala AFC.
“Sebenarnya,
perkara itu bergantung kepada jurulatih dan saya pernah membimbing Piya dan
saya tahu keupayaan pemain ini.
“Sudah
tiba masanya dia diberikan peluang untuk mengemudi pasukan Harimau Malaya,”
katanya.
***
Gol Farhan Julang TRW
Gol tunggal Norfarhan Mohd seawal minit ke-15
menjulang Kelantan selaku juara Piala FA buat musim kedua berturut-turut,
mengecewakan barisan lima bintang dari selatan tanah air, Johor Darul Takzim di
Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Aksi bertenaga di babak pertama terutama menerusi
sentuhan kelas tersendiri kapten, Badhri Razi serta gandingan mantap tiga
serangkai, Norfarhan, Dickson Nwakaeme dan Fakri Saarani menyaksikan JDT
bimbingan Fandi Ahmad umpama tergamam dan tidak berupaya untuk menjelmakan
tentangan sengit.
Selepas gol jaringan Norfarhan yang merembat masuk hantaran
Piya, Fandi pantas mengeluarkan Safee Sali untuk digantikan dengan Leonel Nunez
namun ia tidak berhasil memberikan impak di mana Kelantan terus mendominasi
barisan tengah dan melancarkan serangan demi serangan menerusi sentuhan kreatif
Piya.
Kelantan merupakan pasukan ketiga selepas Kuala Lumpur dan
Kedah untuk muncul juara dua kali berturut-turut. Kelantan seharusnya menambah tiga atau empat jaringan di
babak pertama tetapi Fakri, Dickson mahupun Norfarhan kesemuanya gagal
menyudahkan peluang yang hadir tatkala JDT terus hilang punca. Keputusan Fandi melakukan dua lagi pertukaran awal juga
tidak membantu tatkala Norsharul Idlan tidak menampakkan nilainya sebagai
penyerang terbaik negara manakala safiq Rahim pula seperti tidak wujud di atas
padang.
Meskipun cuba bangkit di babak kedua, JDT gagal menembusi
gawang Kelantan dikawal kemas Khairul Fahmi Che Mat dan keputusan kekal 1-0
hingga wisel penamat.
***
Farhan Balas Kepercayaan Hodak
PENYERANG
Kelantan, Mohd. Norfarhan Muhammad yang muncul wira skuad The Red Warriors (TWR)
apabila menjaringkan gol kemenangan pasukan itu ketika menewaskan Johor Darul
Takzim (Johor DT) 1-0 pada perlawanan akhir Piala FA malam kelmarin, berasa
puas kerana dapat membalas kepercayaan yang diberikan oleh jurulatihnya, Bojan
Hodak.
Pada
final Piala FA menentang Sime Darby FC tahun lalu, Norfarhan sekadar menyaksikan
rakannya beraksi daripada bangku pemain simpanan kerana Hodak lebih berminat
menggunakan gandingan Norshahrul Idlan Talaha serta Mohammad Ghaddar ketika
itu.
Kira-kira
lima bulan selepas itu, dalam final Piala Malaysia menentang Angkatan Tentera
(ATM) pula, penyerang berusia 29 tahun itu sekali lagi menjadi penonton apabila
menjalani penggantungan perlawanan akibat menerima dua kad kuning.
Namum,
segala kenangan pahit itu terus lenyap di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam
kelmarin apabila Norfarhan yang menerima umpanan sempurna daripada kapten,
Mohd. Badhri Mohd. Radzi menampilkan aksi tenang untuk menyudahkan gol tunggal
perlawanan pada minit ke-16 sekali gus membantu Kelantan mengekalkan kejuaraan
Piala FA yang dimenangi mereka tahun lalu.
"Saya
sangat gembira serta berbangga kerana menjadi sebahagian dalam sejarah gemilang
pasukan Kelantan dan saya anggap kejayaan ini hasil usaha keras semua pihak
yang terlibat dalam membangunkan bola sepak Kelantan.
"Saya
tidak kisah siapa pun yang menjaringkan gol, namun apa yang paling penting bagi
saya adalah dapat bermain dalam perlawanan akhir ini.
"Bagi
saya, kemenangan ini adalah hasil permainan berpasukan dan kerjasama semua
pihak," kata Norfarhan ketika ditemui Kosmo! selepas perlawanan
akhir Piala FA malam kelmarin.
Kejayaan
Kelantan itu membolehkan mereka mengekalkan kejuaraan Piala FA yang dimenangi
tahun lalu manakala bagi pasukan Johor DT, kegagalan itu telah menangguhkan
hasrat mereka untuk mencatat kejuaraan buat pertama kali dalam kejohanan kalah mati
itu.
Ketua
pasukan Kelantan, Mohd. Badhri pula telah dipilih sebagai Pemain Terbaik
perlawanan akhir Piala FA tersebut selepas berjaya mengemudi dengan baik
jentera tengah pasukan Kelantan serta berjaya menenggelamkan arkitek Johor DT,
Mohammad Safiq Rahim.
***
Bayangan Jadi Realiti-Farhan
"KETIKA sesi
memanaskan badan, saya sudah terbayang menjaringkan gol kemenangan buat pasukan
Kelantan," kata penyerang The Red Warriors, Norfarhan Muhamad.
Menurut Farhan, keyakinannya melonjak tinggi sebaik melihat sokongan padu
daripada penyokong TRW yang memenuhi segenap ruang Stadium Nasional Bukit
Jalil, kelmarin.
“Saya dapat rasakan bahawa malam ini (kelmarin), saya mampu menyumbat gol. Ternyata,
apa yang saya bayangkan menjadi realiti," katanya.
Menurut Farhan lagi, kejayaan mengatasi Johor Darul Takzim (JDT) sedikit
sebanyak mengubati kekecewaannya yang terlepas perlawanan akhir Piala FA
menentang Sime Darby, tahun lalu.
Pada masa sama, penyerang berusia 28 tahun itu menjelaskan kemenangan Kelantan
kelmarin melayakkan mereka beraksi dalam saingan Piala AFC musim depan dan ia
sesuatu yang perlu dibanggakan pemain serta peminat.
“Kemenangan ini cukup bermakna selain mengekalkan kejuaraan dua tahun
berturut-turut, Kelantan juga mengesahkan penyertaan dalam saingan Piala AFC
untuk kali ketiga,” katanya.
Pada aksi final malam kelmarin, Farhan menjaringkan gol tunggal perlawanan pada
minit ke-16 selepas mendapat umpanan cantik Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi
sebelum melepaskan rembatan deras menewaskan penjaga gol Harimau Selatan,
Muhammad Al-Hafiz Hamzah.