31 January 2010

Selepas 7 Perlawanan...

Salam,
Setakat 31/1/2010, Kelantan telah bermain 7 perlawanan (Pusingan 1), menang 3 kali, kalah 1 dan seri 3, menghuni di tangga ke-4 dengan 12 mata, dibelakang Kedah(13 mata), Terengganu(14 mata) dan Selangor(16 mata). Perlawanan Kelantan seterusnya pada 6/3/2010 menentang T-Team di tempat lawan.
Skuad "The Red Warriors" 2010 (Gambo curik dari kelatefc)
Buat masa ni, Liga Super berhenti seketika untuk memberi laluan kepada Pusingan Pertama Piala FA pulokkkkk, dimana Kelantan mendapat 'bye' pada pusingan pertama ini dan menunggu samada Sabah/Kedah di pusingan ke-2 pada 16/2/2010 dan 20/2/2010 nanti,,,,,,,
Ringkasan Perlawanan Setakat 31/1/2010 :- 1) Kelantan vs Terengganu ( 0 - 0 ), 2) Kelantan vs Johor ( 3 - 0 ), 3) Kelantan vs Perlis ( 0 - 0 ), 4) Kelantan vs Kedah ( 0 - 1 ), 5) Kelantan vs Johor Fc ( 4 - 1 ), 6) Kelantan vs Perak ( 0 - 0 ) dan 7) Kelantan vs Pulau Pinang ( 3 - 1 )

25 January 2010

Menjenguk UIA

Salam,
Sejak Disember lalu boleh dikatakan setiap hari Ahad gua ke UIA (Universiti Islam Antarabangsa) di Gombak sana nun,,,,bukan gua gi belajar tapi menghantar 'mem' gua gi belajarrrrr,,,,
Kesempatan masuk semula ke UIA mengingatkan kembali kenangan lama-lamaaaaa semasa buat projek (landskap) di sini (UIA) dulu-duluuuuuu iaitu dari dari tahun 1996 - 2000,,,,,Sementara menunggu mem habis kelas, sempat le ronda-ronda dan pusing-pusing sekitaran UIA nih,,,,untuk melihat kembali hasil 'kerja' gua kat UIA ni,,,,,,

Pelan (peta) Keseluruhan Kampus UIA, Gombak
Rekabentuk Landskap UIA bermula dari peringkat 'Master Plan" sehinggalah kepada 'implementasi' di tapak diselia oleh opih gua dulu (Malik Lip & Associates) dimana gua terlibat secara langsung menyediakan (melukis le!) pelan-pelan terperinci (detail drawing), dan ada la jugak pegi 'site'(UIA) sekali sekala untuk berdiskusi(mesyuarat) dan melihat kemajuan kerja-kerja di tapak.

Ini le antara hasil-hasil kerja gua kat UIA nih, yang sempat gua ambik gambar,,,,
Pintu masuk Utama ke UIA
Bangunan Utama / Pentadbiran

Mosque Plaza (Masjid Sultan Hj Ahmad Shah)-Rekabentuk Plaza adalah bercirikan "Islamic Motif" menggunakan kemasan "slate tiles" dan "granolithic".
Student Plaza / River Plaza
Antara 'courtyard' hasil lukisan gua, bercirikan "Islamic Motif" menggunakan kemasan 'slate tiles' dan 'granolithic'.
Gambar-gambar ni(hasil kerja) banyak meninggalkan 'nilai-nilai sentimental' kepada gua,,,,,sepanjang gua melaksana dan menyiapkan kerja-kerja di UIA iniiiiiii,,,,,,,,,,,,,,

19 January 2010

Kelantan vs Kedah

Salam,
Malam ni (19/1/2010) Kelantan akan melayan kunjungan Kedah di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu dalam saingan Liga Super yang telah memasuki perlawanan ke-4.

Keputusan perlawanan Kelantan setakat ini:-
Terengganu vs Kelantan (0-0)
Kelantan vs Johor (3-0)
Perlis vs Kelantan (0-0)

Setakat hari ni Kelantan telah memungut 5 mata, masih belum tewas, dan masih belum melepaskan sebarang golllll......Adakah keadaan akan berubah malam ni????
(Update@12.00 mlm 20/1/2010~Kelantan tewas 0 - 1 kepada Kedah)
Petikan Utusan:-...Kelantan gagal mengambil kesempatan beraksi di gelanggang sendiri apabila tewas tipis 0-1 kepada Kedah, gol tersebut berpunca dari kesilapan penjaga gol, Syed Adney Syed Hussein pada minit ke-41 yang menyepak bola mengenai kaki Azlan di dalam petak penalti.)....Kelate oh Kelate!!!!
Tambahan
Luahan Syed Adney di Facebook.

09 January 2010

Liga Super 2010 Bermula

Salam,
Hari ni (malam ni) 9/1/2010 akan bermula le saingan Liga Super 2010, setelah hampir 2 bulan berehat. Memulakan saingan malam ini ialah perlawanan pembukaan untuk merebut Piala Sumbangsih menemukan Juara Piala Malaysia dan Juara Piala FA musim 2009 iaitu Negeri Sembilan vs Selangor.....tapi perlawanan yang gua tunggu-tunggu malam ni mesti le antara Kelantan "yang serba baru" menentang negeri jiran Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah KT.





Majlis pelancaran jersi baru "Red Warrior" (Musim 2010)

Jersi baru yang dipenuhi logo-logo penaja (motif batik dah tak ada??)

Perlawanan pembuka Musim 2010 bagi Kelantan malam ni...
(Update@11.00 mlm 9/1/2010~Selangor juara Perlawanan Sumbangsih menewaskan N9 2-1, manakala Kelantan cuma seri 0-0 menentang Terengganu)